Bandar Baharu Ajil Ajil

Bandar Baharu Ajil yang sedang dalam pembinaan dijangka mampu menghidupkan semula aktiviti ekonomi di bandar ini yang agak suram terutamanya di pekan lama yang terletak di persimpangan Lebuhraya Jerangau-Jabor yang kini kurang digunakan oleh pengguna jalanraya sejak Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 2 siap dibina. Bandar Baharu Ajil yang menelan belanja RM4 juta akan menjadi pusat sehenti yang menempatkan 70 lot kedai dua tingkat, medan selera, stesen bas dan teksi dijangka siap awal 2014. Bandar Baharu Ajil itu kelak dijangka mampu menarik pelabur ke bandar ini yang mempunyai akses jalanraya yang baik menghubungkan bandar-bandar besar yang lain terutamanya Lebuhraya Pantai Timur yang boleh dihubungkan terus dari Ajil ke Kuala Lumpur.

penempatan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Bukit Ara adalah penempatan tersusun yang mampu menampung 100 keluarga yang juga terletak di bandar Ajil.